Wednesday, February 9, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG JKKN PAHANG

Kami warga JKKN PAHANG mengalu-alukan blogger-bloger dan orang ramai untuk mengunjungi laman blog kami yang baru sahaja diwujudkan ini...Seabarang ide dan pandangan anda untuk kemajuan blog ini dan perkembangan seni budaya amatlah kami hargai....Semarakkan seni budaya bangsa...

PMS INSPIRASI NELAYAN

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Inspirasi Nelayan yang dianjurkan oleh JKKN Pahang dengan Kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, Pusat Khidmat Rakyat DUN Peramu Jaya dan Persatuan Nelayan Kawasan Pekan telah berlangsung pada 09 Januari 2011 bertempat di Kampung Kuala Pahang, Pekan. Selain bertujuan menyemarakkan seni budaya melalui persembahan kesenian dan permainan tradisionla, ia juga menekankan konsep kemasyarakatan melalui acara Bertamu dan pemberian sumbangan kepada keluarga miskin di sekitar mukim Kuala Pahang.
Gambar Atas: YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz menyampaikan sumbangan kepada veteran seni budaya Pak Mahat Hussin yang merupakan pemain biola cacat penglihatan.